Islam juga
amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari
penemuan-penemuan baru dalam bidang-bidang teknologi serta
menggunakannya dalam kehidupan seharian.Islam juga menuntut supaya
mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah
yang tidak dapat ditandingi oleh segala mahkluk yang ada di langit dan
di bumi:firman Allah:
“lakukanlah pengkajian(penelitian dengan menggunakan metode ilmiah) mengenai apa-apa yang ada di langit dan di bumi.” (surah Yunus:101)
“tidakkah kamu
memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa
yang ada di langit dan di bumi,dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin.” (surah luqman:20)
Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, al-Khawarizmi, al-Biruni dan ramai lagi antara
tokoh-tokoh
yang tidak asing lagi sama ada di dunia Timur dan Barat. Penghormatan
yang diterima ini adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains dan
teknologi sertapegangan yang kukuh terhadap al-Quran dan hadis. Selain
itu, al-Quran juga telah menceritakan beberapa peristiwa berkaitan
kaedah dan penggunaan bahan pengajaran untuk digunakan bagi memastikan
sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Contohnya dalam
proses tarbiyyah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., kaedah pengajaran menggunakan kaedah pandang dengar (audio visual) digunakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj, seperti firman Allah:
“Maha suci Tuhan yang memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari
Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya. Supaya
Kami perhatikan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia
mendengar dan melihat.” (Surah al-Isra’: 1)
Ayat
tersebut menceritakan kisah Rasulullah S.A.W. yang telah dibawa
berjalan dari Makkah ke Baitul Maqdis pada suatu malam dan diperlihatkan
dengan pelbagai peristiwa dan kejadian di sepanjang pengembaraan itu.
Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan itu berkait rapat dengan ilmu dan
pendidikan yang boleh melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa.
Baginda bukan sahaja diisrak dan dimikrajkan bahkan diperlihatkan
pelbagai peristiwa melalui penyaksian pancainderanya yang
diinterpretasikan semula oleh Jibril. Menerusi kisah ini menunjukkan
pentingnya penyaksian pancaindera untuk menguatkan ingatan terhadap
sesuatu perkara. Jadi, kaedah pandang dengar ini boleh didapati daripada
penggunaan pelbagai jenis peralatan teknologi dalam pendidikan.
Kesimpulannya,
Islam telah menetapkan bahawa sesuatu perkara itu adalah tertakluk
kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan
tidak terkecuali juga ilmu dan teknologi. Oleh itu, Islam tidak pernah
menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan pekembangan
teknologi dan tidak anti kepada peralatan teknologi. Apa yang penting,
kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan tersebut dapat dimanfaatkan
dan bertepatan dengan teori-teori dan objektif tamadun Islam.
sumber : http://wwwgreenbrother.blogspot.com/2010/10/penggunaan-teknologi-multimedia-dalam.html
komentar
Kesimpulannya, Islam telah menetapkan bahawa sesuatu perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak terkecuali juga ilmu dan teknologi. Oleh itu, Islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan pekembangan teknologi dan tidak anti kepada peralatan teknologi. Apa yang penting, kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan tersebut dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori-teori dan objektif tamadun Islam.
No comments:
Post a Comment